Saturday, October 6, 2012

siapakah gadis idaman lelaki soleh?

berpegang pada agama allah
-gadis sebegini mempunyai peribadi yang unggul.ciri-ciri ini jelas terpancar melalui wajah dan akhlaknya.dia akan sentiasa memelihara batas-batas syariat dalam pegangan agamanya.dia sesekali tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat islam.

kecantikan dalaman
fitrah wanita dijadikan lemah lembut,namun gadis mempunyai prinsipnya sendiri.inilah kecantikan dalaman sebenar yang dicari oleh lelaki soleh.dia tidak akan tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

memahami lelaki
anda dikatakan mempunyai gerak hati yang kuat jika anda berupaya memahami hati lelaki.lelaki mengimpikan gadis yang memahaminya.merasai suka dukanya.tanpa bersuara pun,isi hati lelaki itu mampu anda terjemahkan.itulah yang mampu menghiburkan atau memberi kekuatan sebenar kepadanya.

2 comments: